Guru didakwa ‘sentuh’ dua pelajar perempuan PPKI

3 weeks ago 16

SEREMBAN – Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di Rembau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar di dalam kelas sebuah sekolah pada Mei lalu.

Tertuduh, Muhamad Asraf Ahmad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun semasa kejadian pada 5 Mei dan 16 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) akta yang sama.

Selain itu, tertuduh berdepan satu lagi pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap salah seorang mangsa lebih kurang pukul 1.30 pagi di lokasi sama sekitar April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon jaminan RM30,000 bagi setiap kes beserta syarat tambahan.

Beliau turut memaklumkan kesemua mangsa merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Peguam, P.Bhaerabii yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak berusia empat dan satu tahun enam bulan serta ibu bapa dan abang sulung yang menghidap penyakit kuman dalam darah.

Beliau berkata, tertuduh juga mempunyai penyakit asma dan ‘anxiety’ dan disebabkan pertuduhan yang disabitkan, keadaannya semakin teruk.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 bagi kesemua kes dengan seorang penjamin bercagar beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali setiap bulan, tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes ditetapkan unuk sebutan semula pada 29 September depan. – KOSMO! ONLIN E

Read Entire Article
Pertanian | | | |