‘Dari lobi dia biar anak melalak kejar kereta,

1 week ago 13

PETALING JAYA – Seorang wanita didakwa membiarkan anaknya berlari mengejar kereta dipandunya dari sebuah lobi kondominium ke jalan besar, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi hantaran dimuat naik seorang pengguna Thread Sheera Nazir, kejadian itu berlaku di Wangsa Maju pagi tadi dan dia turut melaporkannya kepada pihak polis.

“Aku ni nak pergi ‘check up’ bayi, dah satu hal aku kena pergi balai dulu lapor hal kau. Dari lobi kondominium dia biar anak dia berlari melalak-lalak kejar kereta.

“Dia pula yang marah-marah kita ‘haaaa pergi-pergi report police (lapor polis), I want to educate him (saya nak didik dia).

“Aku pun mak budak juga, jalan raya sesak gini tempat mendidik ke? Depan ni sesak pagi-pagi, habis aku kena bergembira je tengok drama ni ke macam mana?,” katanya.

Menjawab pertanyaan orang ramai, Sheera memberitahu, dia dimaklumkan oleh ibu tersebut bahawa kanak-kanak itu bergaduh dengan adiknya di dalam kereta.

“Budak tu dengan adik dia bergaduh dalam kereta, jadi mak dia tak boleh memandu. Tu yg mak dia kata tadi lah.

“Tak lama lepas tu anak dia masuk kereta juga, mak dia ‘speed’ terus macam nak mula berlumba. Aku pun berlalu terus ke balai,” katanya.

Katanya, pengguna kenderaan lain turut berhenti di situ dan memarahi ibu kanak-kanak tersebut.

“Ada mak dia dalam kereta tu, semua berhenti, maki dia, lepas itu ‘blah’ (pergi), sebab dia tak nak dengar semua orang cakap. Darah aku terus naik pagi ni sekian,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang marah dengan tindakan ibu tersebut membiarkan anaknya mengejar kereta sekali gus boleh mengundang risiko kemalangan.

“Didik anak apa mcm ni? Karang anak dia kena langgar kereta mati ke apa dah satu hal, dah lah pakai baju sekolah. Menyusahkan org lain. Kasihan budak tu,” komen pengguna Thread afiqahnor.

“Gila betul. Akal kat mana entah tu. Kot ye pun marah dengan anak, sampai biar anak berlari kat jalan besar. Nanti maknya dah kena tangkap sila kemas kini,” komen theotherjourneyyy.

“Berani eh, kot anak tu kene langgar, dah jadi hal lain pula. Hilang akal ke maknya ni,” komen serigalakecik. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |