Anggota Perhilitan berjaya menangkap seekor beruang matahari di Kampung Hulu Seladang, Setiu semalam.
- Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
- 4 Ogos 2025, 1:31 pm
SETIU – Penduduk Kampung Hulu Seladang, di sini lega apabila beruang matahari yang berkeliaran di perkampungan tersebut sejak lebih tiga minggu lalu berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.
Haiwan liar seberat 80 kilogram itu dikesan tersesat memasuki perkampungan terbabit pada 12 Julai lalu.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya segera memasang perangkap sebaik menerima aduan penduduk berhubung kemunculan beruang matahari jantan terbabit.
“Haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang pada petang semalam. Ia sihat tanpa sebarang kecederaan dan akan dilepaskan ke habitat asalnya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

3 months ago
49





![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)



![[VIDEO] Selepas 7 tahun masuk Islam, giliran maknya pula ucap syahadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_0555.jpeg)




































