Bekas jurulatih wushu ‘sentuh’ budak perempuan dijel 13 tahun, sebatan

1 week ago 14

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurulatih wushu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam kejadian tiga tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian keputusan itu selepas mendapati Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, bersalah apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaannya.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun bermula tarikh hari ini dan empat sebatan serta tertuduh diperintah untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun, selepas selesai menjalani hukuman pemenjaraan,” kata Hakim Tasnim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa bagi tujuan seksual di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini pukul 7.30 malam pada 13 April 2022.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16 (1) berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan terhadap hukuman, Tharamjit Singh memohon hukuman ringan diberikan terhadap anak guamnya, mengambil kira tertuduh perlu menjaga ibunya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd. Shariff memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh yang meninggalkan kesan trauma psikologi terhadap mangsa.

“Mangsa adalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan maksimum daripada undang-undang dan tindakan tertuduh ini telah mengeksploitasi kelemahan serta kepercayaan mangsa. Tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai jurulatih wushu mangsa, sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan pembimbing.

“Sebaliknya, tertuduh menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk kepuasan nafsunya. Pohon hukuman yang lebih berat supaya memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan seumpama ini,” katanya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 22 April lalu, seramai tiga saksi pembelaan dan lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |