Keadaan batu tersebut yang kelihatan menyerupai kepala ular. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 6 Oktober 2025, 7:00 pm
BANGKOK – Sebuah perkampungan di Khao Kho, wilayah Phetchabun menjadi perhatian ramai apabila batu menyerupai kepala ular gergasi ditemukan di tepi sebatang sungai, lapor laman berita Detik.
Batu tersebut berada di Sungai Khek.
Sebuah video tular yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan keadaan batu tersebut yang digelar Naga Tidur.
Batu itu berada di tebing sungai dan permukaannya menyerupai kulit bersisik.
Ia dikaitkan dengan legenda tempatan Thai tentang naga Phaya. Ia merupakan makhluk mitos yang menyerupai naga atau ular gergasi yang dipercayai masyarakat tempatan, menjadi penjaga sungai dan sumber air.
Ahli geologi berkata, pembentukan unik itu berkemungkinan hasil daripada hakisan semula jadi batu kapur, iaitu ciri biasa pergunungan Phetchabun. – AGENSI

1 month ago
25















![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)






























