Anwar (tengah) semasa hadir ke Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis, Bachok hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!
- Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
- 8 Ogos 2025, 11:46 pm
BACHOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kampung Telong, Kandis dekat sini.
Menurutnya, bantuan segera itu bertujuan untuk menampung kerosakan pusat pengajian pondok berkenaan.
“Bantuan tersebut akan disalur dalam masa beberapa bulan ini. Saya telah berjanji dan berbual dengan guru-guru pondok.
“Jadi, kita akan usahakan. Meskipun pondok ini di bawah kendalian YIK, ia memerlukan perhatian. Saya berjanji akan mengusahakannya,” katanya kepada pemberita selepas Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis di sini hari ini.
Anwar memberitahu, beliau turut mengkaji permohonan bantuan kepada sebanyak 246 sekolah pondok yang daif di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

2 months ago
47















![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)






























