Anak Allahyarham Hani Mohsin selamat bergelar isteri

1 week ago 13

PETALING JAYA – Anak pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin iaitu Hani Kamila selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Abang Saef Hud dalam sebuah majlis yang berlangsung semalam.

Hari bahagia Hani Kamila Hani Mohsin atau lebih dikenali sebagai Mila Mohsin, 28, yang juga pelakon difahamkan berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Dalam video yang tular, Mila dilihat anggun menggayakan busana serba putih sementelah suaminya pula segak menyarung baju Melayu warna sedondon.

Tiara pula terharu dengan ucapan tahniah daripada orang ramai berharap mahligai bahagia yang dibina Mila dan suami kekal sehingga ke akhir hayat.

“Terima kasih semua untuk ucapan tahniah dan doa yang baik kalian semua untuk puteri tercinta saya.

“Saya mohon sama-sama doakan agar Mila dan suaminya bahagia hingga ke anak cucu.

“Terima kasih juga atas ingatan dan doa untuk arwah Hani Mohsin. Insya-Allah dia gembira melihat anak kesayangannya bergelar isteri,” katanya membalas komen netizen dalam sebuah video TikTok.

Mila pada hari bahagianya juga menerima sentuhan jurusolek terkemuka, Khir Khalid pada hari bersejarah tersebut.

“Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina melangsungkan majlis pernikahan yang cukup indah dan bermakna.

“Mila mewarisi bakat lakonan dari ibu dan ayahnya, Allahyarham Hani Mohsin dan Jun lalu muncul dengan filem Laknat,” kongsi Khir.

Mila merupakan anak sulung kepada Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin.

Selain aktif sebagai pelakon, Mila juga mencipta ruang sendiri sebagai atlet dan pelatih seni mempertahankan diri Jiu Jitsu, selain pernah menjadi jurusolek profesional dan tenaga pengajar kanak-kanak di akademi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |