Aimay diburu polis 3 tahun, didakwa edar 65 kg ganja

1 week ago 11
Anggota polis membawa Zulhakimy Aiman untuk didakwa atas pertuduhan mengedar 65 kg kanabis di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
  • Oleh ROHANA ISMAIL
  • 6 Ogos 2025, 12:13 pm

PASIR MAS – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selama tiga tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita hamil tujuh bulan ditembak pada perut didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar sebanyak 65 kilogram (kg) dadah jenis kanabis pada Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Zulhakimy Aiman Suhairuddin, 24, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Zulhakimy Aiman bersama tiga lagi yang sudah dituduh di mahkamah didakwa mengedar sebanyak 65 kg dadah jenis kanabis di dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry di rumah kedai dekat Kampung Pak Jak, Alor Pasir di sini kira-kira pukul 2.50 petang pada 22 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Baihaqy Mohd. Saidi dan Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Terdahulu, Zulhakimy Aiman atau dikenali sebagai Aimay yang diburu berhubung kes pembunuhan wanita hamil tujuh bulan yang ditembak pada perut sebelum mayatnya ditinggalkan dalam kereta di Kampung Teresek, Repek di sini tiga tahun lalu akhirnya diberkas pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |