1,305 kompaun penumpang bas tidak pakai tali pinggang keledar

1 week ago 13
Jazmanie (tengah, belakang) menyampaikan replika lesen B2 kepada penerima pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 JPJ Kelantan di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!
  • Oleh ROSLIZA MOHAMED
  • 7 Ogos 2025, 4:32 pm

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 1,305 kompaun kepada penumpang bas ekspres dan persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar sepanjang sebulan pelaksanaan Ops Tali Pinggang Keledar sepanjang bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,147 penumpang yang dikompaun semasa menaiki bas ekspres, manakala selebihnya terdiri daripada penumpang bas persiaran

“Masalah itu berpunca daripada sikap penumpang yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selain mengabaikan soal keselamatan.

“Sepanjang operasi itu, seramai 39 pemandu bas ekspres dan 45 pemandu persiaran telah dikompaun kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 JPJ Kelantan di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jazmanie memberitahu, sepanjang tempoh itu, sebanyak 16,316 bas ekspres dan persiaran diperiksa sebelum mendapati 26 buah bas ekspres tidak memasang tali pinggang keledar. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |