ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang wanita yang bertindak terjun ke Sungai Johor di Kota Tinggi, semalam.-Foto IHSAN BOMBA
- Oleh MASTURAH SURADI
- 21 Februari 2026, 10:32 am
KOTA TINGGI – Tindakan nekad seorang wanita terjun ke dalam sungai berakhir apabila mangsa ditemui berpaut di tebing Sungai Johor, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, mangsa berusia 44 tahun dilaporkan terjun ke sungai yang berhadapan Warong Mee Rebus Mak Long sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Yusman Abdullah berkata seramai enam anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan itu.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa berada tebing sungai.
“PKO telah turun ke tebing sungai dan membawa naik ke jeti berhampiran dalam keadaan selamat. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

20 hours ago
7
![[VIDEO] Asyraf Wajdi ‘tebuk’ penuntut Mara di New Zealand dapat AS$100](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/Tangkap-layar-Asyraf-Wajdi-‘tebuk-bekas-pelajar-MRSM-Ulul-Albab-di-New-Zealand.jpeg)









![[VIDEO] Selepas bernikah, saya tidak abaikannya di Lombok – Bekas suami Norida](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-21-at-14.33.11.jpeg)







![[VIDEO] Beli roti john daging di bazar Ramadan, dagingnya mana?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-21-at-11.25.17.jpeg)





























