PETALING JAYA – Suasana sedih menyelebungi Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di Gua Musang, Kelantan beberapa hari lalu apabila Cikgu Ben Zaid yang sebelum ini terkenal di media sosial dengan konten ‘offroad’ telah berpindah ke sekolah berdekatan rumahnya di Ketereh.
Perkara tersebut turut dikongsi oleh salah seorang guru di SK Balar yang dikenali sebagai Rohaz Rashid.
“Cikgu Ben Zaid telah bertukar ke sekolah lain. Kami berasa sangat kehilangan dan bersedih atas pemergian seorang guru yang bukan sahaja mendidik, malah menjadi sahabat dan inspirasi kepada kami.
“Tiada lagi gelak tawa dan kenangan bersama, termasuk cerita-cerita offroad yang sentiasa menceriakan suasana. Jasa dan kenangan bersama cikgu akan sentiasa terpahat di hati kami,”tulisnya.
Sementara itu, kesedihan warga SK Balar dan penduduk kampung itu turut dirasai oleh pengguna di media sosial yang rata-ratanya berterima kasih di atas konten yang telah disediakan guru terbabit.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ben atas segala ilmu, bimbingan dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada anak-anak kami di SK Balar.
“Kehadiran cikgu bukan sahaja mendidik di dalam kelas, malah memberi semangat dan inspirasi kepada murid-murid untuk terus berusaha mengejar cita-cita.
“Melalui perkongsian dan konten yang cikgu hasilkan, nama Pos Balar juga semakin dikenali ramai. Jasa dan sumbangan cikgu amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga Cikgu Ben Zaid terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu nanti,”tulis Nelson Roslan.
Turut berkongsi kesedihan itu adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ehsan Ibrahim.
“Cikgu Ben Zaid adalah cikgu yang memperkenalkan SK Balar di media sosial. Cikgu-cikgu yang lain teruskan legasi ini biar semua tahu kesusahan dan pengorbanan cikgu-cikgu di pedalaman,” komennya.-KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2
![[VIDEO] ‘Selesai iddah 130 hari, pertama kali mak datang rumah baru abah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-5.31.01-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Mungkin dia buat kuih dekat bengkel motor’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-4.51.47-PM.jpeg)





![[VIDEO] ‘Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-2.21.30-PM.jpeg)

![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)









![[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-10.22.04-AM.jpeg)





























