PETALING JAYA – “Assalamualaikum Abah… hari ini pertama kali mak datang ke rumah baru.”
Demikian luahan menyentuh hati seorang anak yang menyaksikan ibunya baru sahaja menamatkan tempoh iddah selama 130 hari selepas pemergian suami tercinta.
Menerusi video menyentuh hati dimuat naik di akaun TikTok @diandra.__, wanita tersebut memaklumkan bahawa kelmarin genap tempoh iddah ibunya berakhir, sekali gus menandakan tamatnya hubungan suami isteri mereka di dunia ini.
Kelihatan di dalam video itu, ibunya tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya dapat menziarahi pusara suaminya yang pergi menghadap Ilahi pada 10 Oktober selepas mendirikan rumah tangga hampir 40 tahun.
“Selesai sudah tempoh 130 hari iddah mak semalam dan berakhirnya hubungan suami isteri mak dan abah di dunia ini.
“Semoga Allah satukan mak dan abah di syurga kelak. Semoga Allah kuatkan hati mak dan kami untuk lalui hari-hari tanpa Abah,” tulis pemilik video itu di ruangan kapsyen.
Dalam masa yang sama wanita itu turut mendoakan agar Allah mengurniakan syurga tertinggi tanpa hisab buat arwah bapanya serta menghadiahkan bacaan Al Fatihah sebagai tanda kasih dan ingatan yang tidak pernah padam.
Perkongsian itu mengundang rasa hiba dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya menzahirkan simpati dan mendoakan agar keluarga tersebut terus diberikan ketabahan.
Ramai yang menyifatkan tempoh iddah bukan sekadar kewajipan syarak, malah merupakan fasa yang sangat mencabar dari sudut emosi dan jiwa buat seorang isteri yang kehilangan pasangan hidup.
“Kita hilang ayah, tapi mak hilang cinta terakhirnya, hilang salah satu sumber kekuatannya. Semoga mak awak sentiasa kuat ya,” komen Ceyaa.
“Berat langkah mak awak sis.. Semoga Allah kuatkan hati dan beri ketabahan kepadanya serta ahli keluarga,” komen Mommy Sofea.
“Saya menghitung hari untuk sampai ke 130 hari pada Syawal ke 11 nanti. Rindu membuak-buak untuk ke rumah baru Allahyarham suami. Rindu sangat,” komen 4Meen pula. – KOSMO! ONLINE
@diandra.__ assalamualaikum abah💔hari ni buat pertama kali mak dtg ke rumah baru abah💔selesai sudah tempoh 130 hari iddah mak smlm..dan berakhirnye hubungan suami isteri mak dan abah di dunia ini💔semoga Allah satukan mak dan abah di syurga kelak🤲🏻😭semoga Allah kuatkan hati mak & kami utk lalui hari2 tanpa Abah💔 semoga Allah kurniakan syurga tertinggi tanpa hisab buat abah disana🤲🏻 Alfatihah Abah Hamsha bin Hj Daim💔 #rindutiadapenghujungnya #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Penghujung Rindu_Jamal Abdillah – Abg Jiwang_Official
2 hours ago
2

![[VIDEO] ‘Mungkin dia buat kuih dekat bengkel motor’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-4.51.47-PM.jpeg)

![[VIDEO]’Terima kasih Cikgu Ben, kenalkan SK Balar kepada kami’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-3.55.02-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-2.21.30-PM.jpeg)

![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)






































