PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berubah tingkah laku sekali gus disangka terkena gangguan ‘makhluk halus’, namun sebenarnya didakwa kesan selepas dia mengambil vape berperisa ‘mushroom’.
Menerusi video dikongsikan seorang perawat perubatan Islam pada TikTok Abgwanlife, lelaki tersebut menerima seorang pesakit remaja lelaki dihantar keluarganya selepas dia didakwa berubah sikap kononnya akibat diganggu ‘makhluk halus’.
Bagaimanapun, sepanjang perbualan dengan remaja berkenaan, lelaki itu menjelaskan perubahan sikap tersebut bukan disebabkan gangguan ‘makhluk halus’, namun kesan pengambilan ‘mushroom’.
“Dia tak ada gangguan sebenarnya. Ada ambil hisap vape? Ada ambil ‘mushroom’ ke apa? Ini kesan ‘mushroom’, jangan ambil lagi. ‘Mushroom’ macam dadah encik (bercakap kepada bapa remaja tersebut).
“Budak kena ‘mushroom’ akan cakap dengan dinding sebagainya. Saya pernah ada pesakit umur 15 tahun cakap dengan dinding. Bawa ke ustaz, tempat rawatan kata ada saka. Rupa-rupanya bila didesak, dia ambil ‘mushroom’.
“Perilaku macam adik ni lah. Saya tak sampai hati nak cakap, saya kena tanya juga, jadi penting untuk bincang, mana yang perlu diperbaiki. Kesan kimia dadah buat awak jadi macam ni,” katanya Abgwanlife pada video berkenaan.
Lelaki itu turut berpesan kepada remaja berkenaan untuk berubah dan berhenti mengambil vape perisa ‘mushroom’ itu demi masa depannya.
“Kalau awak macam ni, masa depan awak akan habis. Banyakkan minum air kelapa lepas ni, cuci bersihkan balik kesan kimia, jangan berkawan dengan orang tak tentu hala, jangan ambil benda terlarang,” katanya.
Dia berkata, terdapat empat gangguan yang boleh menyebabkan seseorang itu berubah tingkah laku.
“Pertama sebab mulut manusia, kedua sebab putus cinta, ketiga bahan terlarang dan keempat kejiwaan dan ini berkaitan masalah psikiatri.
“Jadi kena teliti betul-betul sebab apa gangguan itu dan seperti terjadi pada adik ini, awak kena berubah, terus berhenti (ambil ‘mushroom’),” katanya. – KOSMO! ONLINE
@abgwanlife PART 1. KELUARGA SANGKA GANGGUAN RUPANYA EFEK MUSHROOM. #abgwanlife #PerubatanIslam #kerasukan #saka #sihir ♬ Dark and sad scene piano songs – STUDIO KNIGHTS
5 hours ago
2


















![[VIDEO] Pelajar jatuh bangunan: Mangsa minta ke tandas sebelum ditemui maut](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-19-at-9.25.01-PM.jpeg)




























