[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?

3 weeks ago 20

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau belang dipercayai berkeliaran di kawasan semak, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Menerusi hantaran pengguna TikTok, kehadiran haiwan liar berkenaan mengejutkan penduduk setempat, terutama apabila haiwan liar itu ‘melihat’ kawasan sekitar sebelum bergerak perlahan meninggalkan kawasan itu.

“Mana pihak berwajib, tolonglah. Kami ini tak berani sangat,” katanya pada ruang kapsyen.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan harimau belang berkenaan ditemukan duduk berehat di Jalan Ulu Tembeling berhampiran Felcra Ulu Tembeling, Pahang dipercayai selepas membaham seekor lembu bunting.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk dan pengguna media sosial yang rata-rata risau dengan keselamatan ramai.

“Hutan itu memang tempatnya. Pelihara baik-baik sebab mereka semakin pupus,” komen @Lysaw.

“Kasihan haiwan liar di hutan. Mungkin depan-depan nampak masih tebal hutannya. Tapi di belakang sudah habis ditarah. Itu yang buatkan haiwan liar keluar,” komen @Shah.

“Sebagai pencinta haiwan yang hampir pupus, jika masih ada pak belang, maksudnya makanan untuknya masih cukup dalam hutan. Jadi, berdamailah dengan alam ya,” komen @Atim. –KOSMO! ONLINE

@hazelnutcoffee1979mana pihak berwajib..tolongla..kami ni tak la berani sgt..

♬ original sound – ℋ𝒶𝓏ℯ𝓁𝓃𝓊𝓉𝒞ℴ𝒻𝒻ℯℯ☕

Read Entire Article
Pertanian | | | |