Beribu-ribu penumpang jalan kaki, landasan disambar petir

20 hours ago 11
Tangkap layar video menunjukkan penumpang keluar daripada tren dan terpaksa berjalan kaki di landasan. - Instagram
  • Oleh KOSMO
  • 6 Mei 2026, 7:00 pm

JAKARTA – Beribu-ribu penumpang kereta api Kereta Rel Listrik (KRL) di wilayah Banten terpaksa berjalan kaki di landasan selepas laluan KRL itu disambar petir, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di antara Stesen Jurangmangu dan Stesen Pondok Ranji kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kabaronlinenews menunjukkan penumpang-penumpang berjalan dalam barisan sambil membawa barangan mereka. 

Rakaman lain memaparkan sejumlah penumpang berpusu-pusu keluar daripada tren selepas terperangkap di dalam gerabak kereta api itu tanpa bekalan elektrik dan penyaman udara. 

Menurut KRL Commuterline Indonesia, sambaran petir itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik sekali gus mengakibatkan beberapa tren KRL berhenti di tengah landasan. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |