Kenyataan yang dimuat naik Padini di Facebooknya.
- Oleh KOSMO!
- 6 Mei 2026, 8:55 pm
PETALING JAYA – Padini Holdings Berhad tampil memberi penjelasan susulan laporan media berkaitan penahanan lapan individu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.
Menerusi kenyataan rasmi hari ini, Padini memaklumkan tiada seorang pun daripada individu yang ditahan itu merupakan kakitangan, pegawai atau ahli pengurusan syarikat berkenaan.
“Padini ingin menjelaskan bahawa tiada mana-mana individu yang ditahan merupakan pekerja, pegawai atau anggota pengurusan syarikat,” katanya.
Syarikat itu turut menegaskan komitmen penuh untuk memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Terdahulu, media melaporkan lapan individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah melibatkan urusan perniagaan dan kontrak syarikat tersebut.- KOSMO! ONLINE

18 hours ago
10















































