Saifuddin berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di Tempat Letak Kereta, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 6 Mei 2026, 11:18 pm
SEREMBAN – Ketua Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan hala tuju parti berkenaan adalah bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua.
Saifuddin berkata, hala tuju berkenaan adalah amat jelas dan tindakan itu mestilah bermula dengan Negeri Sembilan.
“Saudara, kita nak teruskan penggal berbaki, dan kalau ditanya apa hala tuju Pakatan Harapan, kita nak berusaha untuk memerintah penggal kedua dan Anwar Ibrahim memimpin sebagai Perdana Menteri penggal yang kedua.
“Hala tuju kita sangat jelas. Dan itu mesti bermula dengan Negeri Sembilan, kita terus bina kekuatan, dan Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya menerusi Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan (PH) di Tempat Letak Kereta, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
8















































