PETALING JAYA – “Hari kedua puasa kami berniaga tepi jalan, tapi mungkin bukan rezeki, tiada yang membeli. Insya-Allah, esok kami usaha lagi.”
Demikian luahan seorang wanita yang berniaga secara kecil-kecilan menjual sate dan takoyaki di tepi jalan di Felda Lubuk Merbau, Pendang, Kedah.
Di ruangan komen, wanita yang menggunakan profil @Mama Rai berkata, perniagaan tersebut merupakan satu-satunya mata pencarian keluarga termasuk perbelanjaan sekolah anak-anak.
Dia mendedahkan, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk membuat siaran langsung di media langsung, hebahan dalam kumpulan WhatsApp dan kaedah bayar semasa penghantaran (COD), namun masih gagal meraih perhatian orang ramai.
“Saya tidak masuk (berniaga) bazar sebab nak masuk kena bayar. Payung saya guna dah uzur sangat, kena ikat sana sini.
“Meja saya guna pun kaki dah patah, jadi berniaga tempat biasa. Tapi, dua hari puasa saya berniaga tiada pelanggan,” luahnya.
Rata-rata pengguna media sosial mendoakan wanita itu supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam mencari rezeki
“Sabar dik, bukan tak ada orang nak datang beli. Ambil positif, lagi seminggu nak (dapat) gaji, orang kena berjimat nak sampai hujung bulan,” kata @Sarah Chew.
“Teruskan berusaha, puan. Rezeki daripada Allah. Hari ini dapat RM30, syukur,” kongsi @Mohd Bukhari Aki.
“Mudah-mudahan Allah mewahkan rezeki sis (kakak) dan keluarga,” doa @lela 7378. – KOSMO! ONLINE
@mama..rai #peniagatepijalan #blomrezeki ♬ original sound – JESBON_76
18 hours ago
8

















































