Sukarelawan Greenbeans mengutip sampah di kawasan melepak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
- Oleh KOSMO!
- 8 Mei 2026, 6:29 pm
PETALING JAYA – Segelintir pengunjung tidak bertanggungjawab selamba membuang sampah merata-rata sekali gus mengotorkan persekitaran di tempat lepak ‘melayan’ kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Menerusi hantaran Thread Greenbeans, pihak berkenaan melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan itu serta berjaya mengutip sebanyak 32.6 kilogram (kg) pelbagai jenis sampah.
“Port ni memang ramai datang layan tengok kapal terbang, tapi sedih gila sebab sampah merata-rata. Yang bawa anak kecil tu, lepas tukar lampin pakai buang, tolonglah bawa balik eh, jangan tinggal macam tu je.
“Jumlah sampah Greenbeans kutip 32.6 kg. Terima kasih sukarelawan yang membantu,” menurut hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
12
![[VIDEO] ‘Geng dewan bedah gigih kejar 10,000 langkah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-09-at-14.12.45.jpeg)














![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)






























