SEPANG – Konsep mesra muslim yang diamalkan Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Movenpick Hotel) di sini telah diterima dengan sebaiknya oleh para tetamu dari negara luar malah mereka begitu menghormati segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak hotel.
Pengarah Operasi hotel tersebut, Ezhwan Haizill Roslan berkata, bersandarkan standard kualiti dan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan sebagai hotel mesra muslim, hotel tersebut telah dianugerahkan status platinum sejak tahun 2018.
Menurut beliau, semua kemudahan yang disediakan adalah berkonsepkan mesra muslim dan sebagai contohnya ia boleh dilihat pada aspek gimnasium dan juga kolam renang yang mana ia terpisah antara dua kumpulan.
“Dulu kolam renang dibuat berasingan antara lelaki dan perempuan tetapi terdapat juga kekangan bagi si ibu dan juga anak-anak mereka kerana mereka tidak boleh berpisah untuk bersantai bersama.
“Kami mendengar pandangan mereka, jadi kami telah ubahsuai kolam renang untuk lelaki diubah kepada kolam renang untuk keluarga. Oleh itu, kolam renang di sini memiliki dua bahagian iaitu satu untuk keluarga dan satu lagi khusus untuk wanita.

“Konsep ini diguna pakai di gimnasium dan juga di spa,” katanya pada sesi temubual selepas prebiu bufet Ramadan di hotel tersebut baru-baru ini.
Ezhwan Haizill menerangkan, konsep mesra muslim ini tidak langsung menjadi cabaran buat kakitangan untuk mempromosikan hotel di mata dunia.
“Pengunjung hotel ini tahu ‘sempadan’ yang telah ditetapkan khususnya setelah kami memberi penerangan tentang perkara berkaitan alkohol, mereka menerima dengan sebaiknya malah mereka tidak membawanya ke dalam hotel.
“Ada yang sangat menghargai konsep ini kerana mereka tahu apabila ia melibatkan halal, pastinya makanan itu bersih dan sihat,” jelasnya.
Tambah beliau, seiring perkembangan dalam industri hospitaliti dan perhotelan yang semakin rancak berkembang, ia turut memberi kesan positif kepada Movenpick Hotel untuk mencatat satu angka pertumbuhan yang baik pada tahun ini.
“Pastinya terdapat peningkatan dalam pertumbuhan prestasi hotel ini tahun demi tahun kerana kami sedang membina asas pelanggan yang semakin kukuh.
“Kami perlu mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) yang telah ditetapkan pada setiap bulan, secara jujurnya, kadar itu berada pada paras yang stabil dengan kadar peratusan yang baik,” jelas beliau.
Ezhwan menerangkan, Movenpick Hotel cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tibanya musim haji dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan jemaah haji kerana keberangkatan mereka ke Tanah Suci akan berpusat di pusat persidangan di hotel ini.
Tambah beliau, hotel ini terdapat keunikannya tersendiri bukan hanya pada musim haji tetapi ia juga menjadi tumpuan bagi pelbagai acara yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan juga menjadi pilihan pelbagai program anjuran agensi kerajaan dan korporat di sekitar kawasan ini. -KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3

![[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-10.22.04-AM.jpeg)
![[VIDEO] Hari pertama Ramadan, bazar penuh manusia sampai tak boleh jalan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/3ab022d7-793b-4408-ac09-869af620d8a7.jpeg)












































