[12:27 PM, 2/22/2026] Hasliza Nusi Kosmo: H: 21 penghuni hilang tempat tinggal ketika sahur
Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Pix IHSAN JBPM
SEBERANG PERAI - Seramai 21 penghuni kehilangan tempat tinggal selepas empat unit rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Permatang Kerai, Kepala Batas di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.06 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dibantu BBP Butterworth, BBP Tasek Gelugor dan BBP Sungai Bakar dikejarkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman kebakaran.
“Didapati keempat-empat rumah kelas B dengan anggaran keluasan 20 x 50 kaki persegi bagi setiap unit itu terbakar sebanyak 80 peratus.
“Api merebak dengan pantas dan kedudukan rumah yang berdekatan antara satu sama lain malah turut memusnahkan dua kereta dan lima motosikal,” katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya berdepan kesukaran untuk memadamkan kebakaran ekoran tekanan air yang rendah namun ia berjaya diatasi menerusi kaedah RECEO.
“Api dapat dikawal pada pukul 6.56 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.32 pagi.
"Mangsa yang terlibat dalam
kejadian ini bagi rumah pertama
melibatkan tiga penghuni, manakala kedua (lima penghuni), tiga (tujuh penghuni) dan keempat (enam penghuni).
"Pusat Sehenti Pasca Insiden
(PSPI) telah diwujudkan bagi
memberi khidmat nasihat dan
mengambil maklumat pemilik serta akan membantu mangsa berdasarkan keperluan," katanya. -KOSMO! ONLINE
HABIS//
[12:29 PM, 2/22/2026] Hasliza Nusi Kosmo: Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kepala Batas, hari ini.
- Oleh SITI NOR MAS ERAH AMRAN
- 22 Februari 2026, 12:32 pm
SEBERANG PERAI – Seramai 21 penghuni daripada empat buah rumah hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Permatang Kerai, Kepala Batas di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.06 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan dibantu BBP Butterworth, BBP Tasek Gelugor dan BBP Sungai Bakar dikejarkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman.
“Sebanyak empat buah rumah terbakar dengan setiap satunya musnah kira-kira 80 peratus. Api merebak dengan pantas kerana kedudukan rumah terletak berdekatan antara satu sama lain. Kebakaran turut memusnahkan dua buah kereta dan lima buah motosikal,” katanya.
Pihak bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan api ekoran tekanan air yang rendah namun ia berjaya diatasi. Api dapat dikawal pada pukul 6.56 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.32 pagi.
Seramai tiga penghuni terjejas bagi rumah pertama, manakala rumah kedua (lima penghuni), rumah tiga (tujuh penghuni) dan rumah keempat (enam penghuni).-KOSMO! ONLINE.

18 hours ago
8

















































