Ratu ‘ular’ Bollywood nafi jalin hubungan sejenis

2 hours ago 2
Mouni Roy akhirnya tampil menjelaskan spekulasi yang tular mengenai keakrabannya dengan pelakon Disha Patani apabila didakwa menjalinkan hubungan sejenis bersama sahabat baiknya itu.
  • Oleh HANISAH SELAMAT
  • 20 Jun 2026, 1:56 pm

Ratu ular Bollywood, Mouni Roy akhirnya tampil menjelaskan spekulasi yang tular mengenai keakrabannya dengan pelakon Disha Patani apabila didakwa menjalinkan hubungan sejenis bersama sahabat baiknya itu.

Khabar angin tersebut mula tersebar dalam media sosial selepas Mouni dilaporkan berpisah dengan suaminya, Suraj Nambiar. 

Dalam tempoh itu, kemesraan antara Mouni dan Disha menjadi perhatian netizen sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai orientasi seksual mereka.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Mouni secara terbuka menafikan dakwaan tersebut. Ketika ditanya mengenai khabar angin paling besar tentang dirinya, Mouni lantas menjawab tentang dakwaan dirinya merupakan seorang lesbian. 

“Saya bersyukur kerana dikurniakan kawan perempuan yang sentiasa berada bersama ketika suka dan duka. Tetapi itu tidak bermakna saya seorang lesbian,” katanya. 

Hubungan akrab di antara Mouni dan Disha menjadi perhatian terutamanya selepas dilihat pernah bercuti bersama dan masing-masing tidak segan untuk berkongsi foto berpakaian renang bersama.

Read Entire Article
Pertanian | | | |