PEL:AKON Azira Shafinaz, Adam Lee dan Sweet Qismina menjadi antara arti yang hadir uji bakat Musical Puteri Gunung Ledang yang akan kembali dipentaskan sekitar hujung tahun ini.
- Oleh HIBGLAM
- 9 Mei 2026, 10:20 am
SEJAK teater Puteri Gunung Ledang The Musical diumumkan bakal kembali dipentaskan, ramai menzahirkan rasa teruja untuk terlibat dalam projek mega tersebut.
Ramai selebriti turut meluahkan hasrat mahu memegang apa sahaja watak dalam naskhah hebat tersebut termasuk Puteri Gunung Ledang.
Antara yang hadir ke sesi uji bakat bagi merebut watak dalam karya tersohor tersebut terdiri daripada Azira Shafinaz, Aisha Retno dan Sweet Qismina.
Kehadiran ramai selebriti lain sekali gus mecetuskan debaran dalam kalangan peminat kerana teruja untuk melihat barisan wajah akhir yang akan membintangi teater itu.
Sebelum ini, pengarah dan penerbit eksekutifnya, Puan Seri Tiara Jacquelina mengumumkan PGL The Musical bakal kembali dipentaskan selepas 20 tahun dan akan turut diberikan nafas baharu. Pementasannya dijangka akan berlangsung pada Oktober depan.

8 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Geng dewan bedah gigih kejar 10,000 langkah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-09-at-14.12.45.jpeg)













![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)































