Pegawai tentera mabuk rempuh e-hailing, direman 5 hari

5 hours ago 4
Keadaan kemalangan yang mengakibatkan penumpang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 24 April 2026, 2:29 pm

PETALING JAYA – Seorang pegawai tentera direman lima hari bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, perintah reman dibenarkan selama lima hari bermula 24 April hingga 28 April 2026.

“Permohonan reman dibacakan di hadapan Majistret, Guftan Nor Asyikin Murlikamal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan suspek yang memandu secara melawan arus dipercyai dalam keadaan mabuk di Kilometer 1.9 Lebuh Raya MEX kira-kira pukul 5.38 pagi semalam membawa padah apabila menyebabkan seorang lelaki warga asing maut.

Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu suspek. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |