Murid maut kemalangan, JPN Johor hulur bantuan segera

1 hour ago 2
SEORANG murid perempuan SK Sri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat maut selepas dilanggar sebuah Van membawa barang dalam kejadian tengah hari tadi. Foto IHSAN PEMBACA
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 5 Mei 2026, 9:57 pm

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang maut dalam kemalangan di hadapan sekolah hari ini.

JPN Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya kini sedang menguruskan bantuan kepada keluarga mangsa bagi memastikan aspek kebajikan diberi perhatian sewajarnya.

“JPN Johor sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Aini Umairah serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan diberi perhatian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, insiden tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“JPN Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan akan memastikan kebajikan mereka terus terpelihara,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |