KEADAAN lori yang terbabas selepas merempuh seorang mekanik di Kilometer 119.5 Lebuhraya Pantai Timur di Temerloh hari ini.
- Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
- 11 Mei 2026, 6:55 pm
TEMERLOH – Seorang mekanik maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar sebuah treler yang pancit di Kilometer 119.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Nasyim Bahron berkata, kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang berumur 48 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya kemalangan berlaku ketika sebuah treler berhenti di bahu jalan kerana tayar belakang sebelah kanan kenderaan berat itu pancit.
“Mangsa telah membuat pemeriksaan tayar di sebelah kanan lori dan membuat pertukaran tayar tengah sebelah kanan dengan tayar belakang yang pancit.
“Kemudian sebuah lori yang sedang bergerak lurus telah bergesel dengan treler dan melanggar mangsa yang sedang duduk di atas jalan kerana membuat pemeriksaan tayar sebelum lori terbabas ke kiri jalan,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya akibat kejadian mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2

![[VIDEO] Anak 14 tahun jadi imam solat jenazah, talkin Allahyarham bapa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-17.32.08-1.jpeg)





![[VIDEO] Kemalangan NKVE: Pemandu Inspira ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-2.02.26-PM.jpeg)






































