Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota PPDA sebelum disahkan meninggal dunia. Foto JBPM
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 2 Mei 2026, 10:03 pm
KAJANG – Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tebing tasik di Tasek Taman Cheras Prima, Jalan Cheras Lima 1, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.31 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan digerakkan ke lokasi.
“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang sedang berada di lokasi kejadian kanak-kanak terjatuh longkang di Bandar Mahkota Cheras turut digerakkan dan tiba di lokasi pada pukul 7.15 malam.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari tebing tasik dengan kedalaman kira-kira tiga meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, operasi pencarian dilakukan menggunakan teknik ‘arch pattern’ sebelum mangsa ditemui kira-kira tiga meter dari tebing pada kedalaman 1.5 meter.
“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota PPDA dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

21 hours ago
8



![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)










































