PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila seorang wanita bukan Muslim berkongsi pengalamannya mengambil peluang suasana lengang sepanjang bulan Ramadan untuk makan di sebuah restoren yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @M.iekks di laman Threads, dia berkata, waktu Ramadan menjadi masa terbaik untuk keluar menikmati makanan dan melakukan aktiviti dalam keadaan lebih tenang tanpa perlu bersesak.
“Sebagai bukan Muslim ketika Ramadan, masa inilah nak cuba perkara yang biasanya sesak dengan orang ramai. Hehe, parkir pun jadi lebih mudah,” ujarnya
Perkongsian tersebut turut memaparkan dirinya menikmati sekeping piza keju di sebuah restoren Pizza terkemuka.
Di ruangan komen, seorang pengguna, Aron Azif, berkata, pelbagai lagi aktiviti lain yang orang bukan Islam boleh mafaatkan pada bulan Ramadan selain daripada ke restoren.
“Bukan sekadar makan, mereka juga boleh mengambil peluang untuk melancong, menempah hotel dan tiket penerbangan, melakukan aktiviti sukan dalaman serta luaran, berkelah di pantai atau sungai dan berkhemah kerana kebanyakan lokasi lebih lengang sepanjang bulan ini.
“Malah, restoran juga boleh dikunjungi sebelum pukul 7 malam, selain destinasi seperti Cameron Highlands yang biasanya lebih tenang pada bulan ini,” ujarnya.
Pengguna lain, Lixie.spamsx, turut berkongsi bahawa dia tidak perlu bersesak sewaktu makan tengah hari kerana suasana yang lengang.
“Waktu makan tengah hari kini terasa lebih menyenangkan sebab tidak perlu beratur panjang seperti hari biasa.”
Sementara itu, Chebob1109 bersetuju bahawa bulan puasa adalah masa terbaik untuk mereka yang tidak berpuasa mencuba makanan di tempat yang tular kerana kebiasaannya tidak perlu menunggu lama.
“Kebiasaannya tidak perlu menunggu lama atau risau makanan cepat habis.
Setiap kali saya tidak berpuasa, saya akan datang lebih awal dan gembira kerana semuanya menjadi lebih mudah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

15 hours ago
8



















![[VIDEO] ‘Buka puasa lewat 3 minit di aras 80 ke atas Menara Merdeka 118’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-22-at-1.19.57-PM.jpeg)





























