Mohd. Sabirin menyerahkan kupon makanan percuma kepada murid pada program itu di SK Kampung Jawa, Klang, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!
- Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
- 20 Ogos 2026, 2:17 pm
KLANG – Status siasatan kes amang seksual yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama swasta berdaftar di Selangor kini menjadi perhatian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menunggu hasil siasatan sebelum menentukan tindakan susulan.
Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, pihaknya setakat ini belum menerima maklumat terbaharu mengenai perkara berkenaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa lain. Kita akan lihat sejauh mana kesalahan itu sebelum tindakan dibuat,” katanya ketika pada program agihan fidyah wang saku fidyah pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa di sini, hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah memberi amaran kepada sekolah agama berdaftar yang terkait dengan kes amang seksual songsang guru terhadap pelajar.
Difahamkan, JAIS sedang menjalankan siasatan kes amang seksual didakwa berlaku di sebuah sekolah agama swasta yang berdaftar di bawah jabatan itu. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
5









































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)



![[VIDEO]’Liza Hanim nak tumpang populariti saya, tak perlu melatah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/ameng-liza.jpg)

