Gurun paling kering dunia diliputi salji

1 hour ago 2
TANGKAP layar menunjukkan kawasan Gurun Atacama diliputi dengan salji. - @/elataporai via Viory
  • Oleh KOSMO!
  • 20 Ogos 2026, 6:30 pm

SANTIAGO –  Fenomena luar biasa melanda Gurun Atacama di Chile apabila padang pasir  paling kering di dunia itu tiba-tiba diliputi salji pada Isnin lalu, lapor laman berita berita kumparan.

Ia menjadi pemandangan luar biasa yang mengejutkan penduduk tempatan serta komuniti antarabangsa.

Menurut maklumat Agensi  Meteorologi Chile, kejadian itu  berpunca daripada pergerakan sistem frontal melintasi wilayah Norte Grande. 

Pergerakan sistem angin berbeza tersebut membawa kelembapan tinggi serta hujan ke kawasan tanah tinggi Altiplano, yang kemudiannya bertukar menjadi salji akibat suhu musim sejuk yang sangat rendah.

Beberapa keping gambar dan video yang tular di platform media sosial memaparkan pemandangan unik antara lanskap kering Gurun Atacama dan  lapisan salji tebal. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |