PETALING JAYA – Keadaan jalan berlubang di jalan utama bersebelahan terminal bas Hentian Duta mengundang kebimbangan pengguna jalan raya selepas banyak kenderaan rosak termasuk tayar pecah sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian tular di Threads @Nashihinz, dia mendakwa banyak kenderaan termasuk bas terkesan akibat lubang besar berkenaan sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan, pada malam tadi.
Menurut wanita itu, situasi tersebut amat berbahaya terutama ketika hujan lebat kerana lubang berkenaan sukar dilihat pengguna jalan raya.
“Pihak berkuasa tolong buat sesuaty dengan segera dan pantas. Bank kereta kena. Bas pun ada. Tak berhenti kereta berhenti tepi jalan sebab jadi mangsa lubang ni.
“Bayangkan kalau tengah hujan lebat? Dalam gila lubang sampai melambung kereta. Mujur tak ada siapa cedera. Bayangkan kalau motor ya Allah,” tulisnya.
Malah, wanita tersebut turut memaklumkan seorang penunggang motosikal dilaporkan sudah terjatuh dipercayai akibat keadaan jalan itu.
Tambahnya, ramai pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama sejak Rabu lalu dan mendakwa masih belum ada tindakan pembaikan dilakukan.
“Rupanya ramai kongsi dekat sini dorang dah kena semalam. Ada yang cakap hari rabu dah kena. Biar betul dari hari rabu hari ini dah ahad takde buat apa-apa? Bukan sikit kereta kena. Berderet tepi jalan.
“Ada kereta polis tunggu depan lubang tu untuk cegah dari orang lalu tapi itulah sampai bila polis nak duduk di situ untuk jaga lubang tu?,” tulisnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati beberapa pengguna turut berkongsikan gambar keadaan jalan yang mempunyai beberapa lubang besar selain tayar kenderaan yang rosak akibat insiden tersebut.
“Saya mangsa pada 9 Mei,” komen Mirra sambil berkongsikan sekeping gambar memaparkan tayarnya yang bocor dan pecah akibat terkena lubang tersebut.
“Allahurabbi.. Harap agensi bertanggungjawab ambil tindakan dengan kadar segera, bahaya betul ni,” komen Hashim. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
7


![[VIDEO] Anak 14 tahun jadi imam solat jenazah, talkin Allahyarham bapa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-17.32.08-1.jpeg)





![[VIDEO] Kemalangan NKVE: Pemandu Inspira ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-2.02.26-PM.jpeg)





































