KUALA LUMPUR – Batik Air mengunjurkan prestasi tepat masa (OTP) bakal mencecah kepada 85 peratus pada pertengahan tahun ini berbanding kadar 70 peratus pada masa kini sebagai usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan operasi ekoran permintaan terhadap perkhidmatan menaiki pesawat semakin bertambah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chandran Rama Murthy berkata, salah satu usaha syarikat untuk merealisasikan misi tersebut adalah dengan menambah 10 pesawat baharu menjadikan ia memiliki 63 pesawat.
“Melalui penambahan pesawat yang terdiri daripada Boeing 737 dan juga Airbus A330 itu, syarikat akan dapat meluaskan rangkaian penerbangan, menambah baik perkhidmatan sedia ada dan mengukuhkan lagi kesalinghubungan perkhidmatan khususnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Chandran menerangkan, Batik Air kini menjadikan Subang sebagai hab penting bagi laluan penerbangan jarak dekat domestik dan serantau yang mana ia memfokuskan kepada destinasi perniagaan dan pelancongan yang popular.

Bersandarkan kekosongan yang luas di lapangan terbang di Subang, ia memberi ruang dan peluang terbaik kepada Batik Air untuk lebih aktif meningkatkan perkhidmatan sedia adanya malah merancang untuk melancarkan laluan baharu dari situ.
Selain itu, syarikat juga akan turut menyokong projek pembangunan semula LTSAAS yang akan melibatkan pelaburan kira-kira RM1.3 bilion tetapi bakal menjana pendapatan berjumlah RM216.6 bilion atau RM8.7 bilion setahun kepada ekonomi negara dalam tempoh 25 tahun akan datang.
Buat masa ini, pelanggan Batik Air diberi pilihan untuk menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) atau di Subang, bagaimanapun Subang menjadi pilihan popular masyarakat di sekitar Lembah Klang kerana jaraknya yang lebih dekat dan menjimatkan masa.
Lapangan ini juga dianggap lebih mudah, mesra keluarga, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka tidak perlu berjalan jauh untuk melalui proses daftar masuk beg dan pelbagai lagi urusan sehingga sampai ke ruang menunggu sebelum berlepas.
Chandran yang berpengalaman luas dalam industri penerbangan itu berkata, LTSAAS sentiasa dekat di hati para pelanggan malah pada dirinya sendiri yang mana ia meninggalkan banyak kenangan sepanjang pengoperasian syarikat hibrid itu.
“Apabila kerajaan membenarkan kami beroperasi di lapangan terbang di Subang, kami sangat gembira kerana ia memberi banyak kemudahan kepada penduduk di Lembah Klang.
“Ia juga memiliki semua kemudahan yang lengkap dan baik malah lebih besar dan selesa.
“Kita perlukan masa kira-kira 90 minit jika mahu tiba di KLIA tetapi untuk sampai di sini, hanya sekitar 20 minit.
“Saya rasa ini adalah sebuah destinasi untuk penerbangan yang baik dan ia juga baik untuk Batik Air,” ujarnya.
Sehubungan itu, Batik Air telah melaksanakan pelan perancangan untuk mempromosikan lapangan terbang tersebut dengan lebih aktif lagi sekali gus mahu menjadikan ia sebagai destinasi pilihan utama buat pelanggan untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.
Antara destinasi penerbangan popular Batik Air dari LTSAAS adalah ke Bangkok, Thailand; Jakarta, Indonesia, Singapore, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Penang dan Johor, Kota Bharu. -KOSMO!ONLINE

13 hours ago
7






![[VIDEO] Tiga diburu lempar mercun dalam rumah warga emas](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-6.32.32-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Kami dah selesai cara baik’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-4.48.32-PM.jpeg)







![[VIDEO] Tesla hilang kawalan punya kemalangan tular di Temerloh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-12.51.31-PM.jpeg)
![[VIDEO] Dua pensyarah UiTM selamat, mangsa pokok tumbang Shah Alam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/uitm.jpeg)





























