PETALING JAYA – iCents Group Holdings Berhad (iCents) melalui dua anak syarikat milik penuhnya, VC Engineering Sdn Bhd telah menerima Surat Anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan untuk menjalankan projek subkontrak untuk dua pembangunan pusat data.
Subkontrak yang bernilai RM20.26 juta ini melibatkan Bekalan, Penghantaran, Pemasangan, Pengujian dan Pentauliahan, serta penyelenggaraan Sistem Penghawa Dingin dan Pengudaraan Mekanikal yang mana projek tersebut dijangka siap menjelang 20 Ogos 2026.
iCents adalah syarikat Reka Bentuk, Kejuruteraan, EPCC, Kelayakan dan Pengesahan bilik bersih dan Pembuatan lekapan bilik bersih dan produk berkaitan.
Pengarah Urusan iCents, Ir. Ts. Vincent Ong Mum Fei berkata, penganugerahan subkontrak ini adalah untuk dua projek pusat data mencerminkan penglibatan berterusan syarikat dalam kerja-kerja ACMV khusus dalam kemudahan berspesifikasi tinggi.
“Kami kekal fokus untuk menyampaikan projek mengikut skop, garis masa dan piawaian kualiti yang dipersetujui.
“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 dan memperkukuh komitmen kami terhadap pelaksanaan projek yang berdisiplin dan kecemerlangan operasi,” katanya dalam kenyataan.
Melangkah ke hadapan, iCents kekal fokus untuk memperkukuh keupayaan pelaksanaan projeknya dan menyampaikan penyelesaian kejuruteraan dan kemudahan berspesifikasi tinggi selaras dengan keperluan industri.
“Dengan kehadiran yang semakin meningkat dalam pembangunan pusat data dan segmen perindustrian maju yang lain, Kumpulan akan terus mengutamakan disiplin operasi, kecemerlangan teknikal dan pengurusan sumber yang berhemat.
“Disokong oleh pasukan kejuruteraannya yang berpengalaman dan saluran pesanan yang semakin berkembang, iCents berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelanggannya yang sentiasa berubah sambil menjana nilai jangka panjang yang mampan untuk para pemegang saham,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

13 hours ago
8






![[VIDEO] Tiga diburu lempar mercun dalam rumah warga emas](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-6.32.32-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Kami dah selesai cara baik’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-4.48.32-PM.jpeg)






![[VIDEO] Tesla hilang kawalan punya kemalangan tular di Temerloh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-12.51.31-PM.jpeg)
![[VIDEO] Dua pensyarah UiTM selamat, mangsa pokok tumbang Shah Alam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/uitm.jpeg)





























