Lebih 381,000 kes pelepasan bankrap berjaya diselesaikan

15 hours ago 8
[1:12 PM, 2/16/2026] Kosmo Rezza: Lebih 381,000 kes pelepasan bankrap berjaya diselesaikan Oleh KOSMO! PUTRAJAYA- Jabatan Insolvensi berjaya menyelesaikan sebanyak 176,851 kes pelepasan bankrap bagi tahun 2024 dan 204,487 kes pelepasan pada tahun lalu, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah tersebut bukan angka semata-mata, tetapi kehidupan lebih 381,000 individu yang mendapat nafas baharu. “Insolvensi bukan sahaja memberi bebanan kepada individu dan syarikat yang digulungkan, malah ia merugikan kerajaan kerana ia menghalang individu atau syarikat yang bankrap untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara terutamanya golongan belia. “Pada tahun 2025, kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada inisiatif ini dengan Dasar Peluang Kedua turut diperluaskan kepada syarikat yang telah digulungkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Dasar Peluang Kedua - Pelepasan Fast Track 2026 di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, Dasar Peluang Kedua Fast Track itu bertujuan mempercepatkan mekanisme pelepasan bagi empat golongan kumpulan sasar bankrap bagi membantu mereka bangkit semula membina kehidupan. Katanya, golongan itu membabitkan ibu atau bapa tunggal, usahawan pinjaman mikro, mangsa penipuan kewangan selain peminjam perumahan bagi projek perumahan terbengkalai. “Maka, ibu atau bapa tunggal dapat kembali bekerja, usahawan boleh berniaga semula dan mangsa scam mampu menarik nafas lega,” katanya. Sementara itu, menerusi sidang akhbar, Azalina berkata, permohonan pelepasan boleh dibuat secara dalam talian. Katanya, Ketua Pengarah Insolvensi juga memberi komitmen bahawa proses tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh kira-kira 36 hari sahaja. “Kelayakan permohonan tidak tertakluk kepada had umur atau tempoh tertentu, sebaliknya berdasarkan situasi kebankrapan yang dihadapi pemohon,” katanya. - KOSMO! ONLINE [1:13 PM, 2/16/2026] Kosmo Rezza: Azalina ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Dasar Peluang Kedua - Pelepasan Fast Track 2026 di BHEUU, Putrajaya hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 16 Februari 2026, 4:08 pm

PUTRAJAYA- Jabatan Insolvensi berjaya menyelesaikan sebanyak 176,851 kes pelepasan bankrap bagi tahun 2024 dan 204,487 kes pelepasan pada tahun lalu, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah tersebut bukan angka semata-mata, tetapi kehidupan lebih 381,000 individu yang mendapat nafas baharu.

“Insolvensi bukan sahaja memberi bebanan kepada individu dan syarikat yang digulungkan, malah ia merugikan kerajaan kerana ia menghalang individu atau syarikat yang bankrap untuk terus menyumbang kepada
pembangunan ekonomi dan kemajuan negara terutamanya golongan belia.

“Pada tahun 2025, kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada inisiatif ini dengan Dasar Peluang Kedua turut diperluaskan kepada syarikat yang telah digulungkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Dasar Peluang Kedua – Pelepasan Fast Track 2026 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Dasar Peluang Kedua Fast Track itu bertujuan mempercepatkan mekanisme pelepasan bagi empat golongan kumpulan sasar bankrap bagi membantu mereka bangkit semula membina kehidupan.

Katanya, golongan itu membabitkan ibu atau bapa tunggal, usahawan pinjaman mikro, mangsa penipuan kewangan selain peminjam perumahan bagi projek perumahan terbengkalai.

“Maka, ibu atau bapa tunggal dapat kembali bekerja, usahawan boleh berniaga semula dan mangsa scam mampu menarik nafas lega,” katanya.

Sementara itu, menerusi sidang akhbar, Azalina berkata, permohonan pelepasan boleh dibuat secara dalam talian.

Katanya, Ketua Pengarah Insolvensi juga memberi komitmen bahawa proses tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh kira-kira 36 hari sahaja.

“Kelayakan permohonan tidak tertakluk kepada had umur atau tempoh tertentu, sebaliknya berdasarkan situasi kebankrapan yang dihadapi pemohon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |