Pergerakan kenderaan menghala ke pusat bandar Gua Musang petang ini lancar. Foto AIMUNI TUAN LAH
- Oleh AIMUNI TUAN LAH
- 16 Februari 2026, 5:25 pm
GUA MUSANG – Aliran trafik menghala masuk Kelantan melalui pusat bandar Gua Musang di sini dilaporkan lancar dan terkawal menjelang majlis makan besar sempena Tahun Baharu Cina pada malam ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, cuaca petang ini hujan dan jumlah kenderaan dilihat meningkat secara berperingkat.
Katanya, jumlah kenderaan hari ini dilaporkan berkurangan berbanding semalam.
“Setakat ini, keadaan pergerakan trafik masih terkawal dan tiada kesesakan serius dilaporkan.
“Pengguna jalan raya perlu merancang perjalanan lebih awal, mematuhi peraturan lalu lintas serta berhati-hati terutama ketika hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
6






![[VIDEO] Tiga diburu lempar mercun dalam rumah warga emas](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-6.32.32-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Kami dah selesai cara baik’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-4.48.32-PM.jpeg)






![[VIDEO] Tesla hilang kawalan punya kemalangan tular di Temerloh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-12.51.31-PM.jpeg)
![[VIDEO] Dua pensyarah UiTM selamat, mangsa pokok tumbang Shah Alam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/uitm.jpeg)





























