KUALA LUMPUR – Nikmat berbuka puasa pada bulan Ramadan pastinya lebih bermakna jika dapat beriftar bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana tenang dengan dikelilingi pohon hijau.
Bagi mengembalikan nostalgia berkenaan, pengendali Taman Rimba Templer, Selangor, Anugerah Camp tampil mengadakan bufet iftar bermula dari 3 hingga 25 Ramadan ini dengan konsep berbuka puasa di tepi sungai.
Memilih bekerjasama dengan Riena Kitchen, bufet iftar di tapak perkemahan Anugerah Camp itu mengetengahkan konsep sajian tradisi dengan menampilkan kira-kira 60 menu yang pastinya mampu menggamit memori.

Pengurus Anugerah Camp, Farrah Fathma Saari berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Riena Kitchen bagi menganjurkan bufet Ramadan pada tahun ini.
Jelasnya, Anugerah Camp memilih untuk mengetengahkan konsep iftar di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Rimba Templer.
“Ini kali pertama kami menganjurkan bufet iftar di sini selepas diberi kepercayaan untuk menguruskan Taman Rimba Templer daripada Majlis Perbandaran Selayang kira-kira lapan bulan lalu.
“Kami memilih bekerjasama dengan Riena Kitchen iaitu salah satu penyedia katering popular di Lembah Klang untuk menjayakan bufet Ramadan ini,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Antara sajian signatur Riena Kitchen adalah ikan patin tempoyak, kari kambing, daging salai masak lemak, ikan bakar, sambal udang petai dan ketam masak lemak nenas.
Bufet berkenaan turut menawarkan aneka sayur-sayuran, kerabu dan ulam, kuih-muih tradisional, buah-buahan, jeruk dan kek.
Pada hujung minggu, para pengunjung bakal menikmati bufet iftar dengan sajian istimewa kambing golek.
Harga bufet ‘early bird’ (sebelum 1 Ramadan) di Anugerah Camp adalah RM65 untuk dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak. Harga normal bufet iftar berkenaan adalah RM75 untuk dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

21 hours ago
7
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)












![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)


![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)
































