Hujan lebat lebih lama Selasa ini, hati-hati penduduk Sabah, Sarawak

14 hours ago 7
Gambar hiasan.
  • Oleh KOSMO!
  • 22 Februari 2026, 4:01 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Sabah dan Sarawak berdepan hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh yang lebih panjang, Selasa ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, keadaan jtu adalah berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca.

“Berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca, MET Malaysia menjangkakan terdapat penumpuan angin di Sabah dan Sarawak pada 24 Februari 2026.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |