Edar dadah 30 kg, dua rakan berdepan hukuman mati

3 hours ago 5
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya bernilai RM1.56 juta. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 23 Februari 2026, 3:42 pm

TAMPIN – Dua rakan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 30.601 kilogram bernilai RM1.56 juta.

Bagaimanapun tiada pertuduhan direkodkan daripada tertuduh, Farizul Fauzi Tukiman dan Eddy Sofian Abd Zabir, masing-masing berusia 40 tahun di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan berkenaan di tepi jalan Kilometer 236.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan) di Rembau kira-kira pukul 3 petang pada 12 Februari lalu. Kes didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Kosmo! 19 Februari lalu melaporkan dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga rakan sejak sekolah ditahan pada pukul 3 petang ketika menaiki kereta sewa jenis Perodua Bezza.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |