Doa Nora Danish, ramai berterima kasih sebab ‘share’

19 hours ago 8
Nora meraih pujian apabila berkongsi doa selepas solat yang sering diamalkannya.
  • Oleh HIBGLAM
  • 21 Februari 2026, 11:00 am

SEJAK berhijrah, Nora Danish sering meraih pujian kerana penampilannya dan perkongsian amalan baiknya dalam media sosial.

Terbaharu, dia sekali lagi meraih pujian selepas berkongsi doa selepas solat yang sering diamalkannya sebelum ini.

“Zikir atau doa yang bagi saya wajib dihafal dan dibaca setiap hari.

“Maksud doanya sangat merangkumi semua yang kita perlukan di dunia dan di akhirat,” katanya dalam TikTok.

Perkongsiannya itu meraih pujian kerana berkongsi amalan yang turut memberi pahala kepada orang lain.

“Alhamdulillah contoh yang baik, teruskan mengajak kebaikan dan guna media sosial  dengan terbaik.

“Semakin sayang dengan Nora, salah satu contoh artis yang baik,” komen netizen.

Read Entire Article
Pertanian | | | |