‘Doa depan Kaabah makbul, ibu bapa dapat hidayah peluk Islam’

1 day ago 7

MEKAH – Siapa sangka, dengan mendengar alunan surah al-Fatihah dan laungan ‘amin’ secara berjemaah, hati seorang lelaki yang ketika itu masih belum mengenal Islam mula terdetik dengan satu perasaan sukar digambarkan.

Pemilik kedai roti, Muhammad Zamarul Hafiz Ho Abdullah, 54, berkata, detik itu menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya apabila memeluk Islam pada 2006 meskipun mendapat tentangan hebat daripada keluarga.

“Pada satu hari, saya lalu di sebuah masjid dan mendengar seorang imam mengalunkan bacaan al-Fatihah. Bila dengar jemaah sambut ‘amin’ beramai-ramai saya rasa wujud satu kesatuan umat Islam.

“Hati saya terus tersentuh, macam ada sesuatu yang menarik saya (kepada Islam),” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Muhammad Zamani, sejak itu, dia mengambil keputusan memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarga hingga membawa ujian berat apabila diusir dari rumah dan hilang tempat bergantung.

Katanya, tanpa harta dan sokongan, dia memulakan hidup baharu di Kedah sebagai untuk membina semula kehidupan dari bawah.

Muhammad Zamarul Hafiz berkata, perjalanan haji tidak mudah apabila dengan RM50 untuk membuka akaun Tabung Haji dan memaksa diri menyimpan setiap bulan walaupun hidup cukup makan.

Katanya, daripada bekerja makan gaji hingga membina perniagaan roti dia kini berdiri di Tanah Suci sebagai seorang jemaah haji.

“Dulu saya fikir orang pergi Mekah ini buang duit. Tapi bila saya sendiri sampai sini, baru saya faham, kita ini sebenarnya terlalu kecil di sisi Allah,”

Lebih menyentuh hati, doa yang dipanjatkan di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah pada 2011 akhirnya dimakbulkan apabila kedua-dua ibu bapanya turut menerima hidayah dan memeluk Islam selepas itu.

“Di depan Kaabah, saya hanya doa satu perkara supaya mak ayah saya masuk Islam. Bila balik, perlahan-lahan mereka berubah, akhirnya mereka sendiri minta untuk masuk Islam,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |