Hantaran berhubung rantai emas dipakai kanak-kanak tiga tahun, hilang di satu festival di Nilai.
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 30 Ogos 2026, 1:58 pm
NILAI – Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai meragut rantai leher emas milik kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bernilai RM2,900 dalam kejadian di kawasan Food Festival, N9 Arena, Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika mangsa bersama ibu dan ahli keluarganya sedang berjalan di kawasan festival yang sesak dengan pengunjung.
“Mangsa kemudian memaklumkan kepada ibunya bahawa seorang lelaki menarik sesuatu pada bahagian lehernya.
“Polis kini giat menjalankan risikan selain meneliti rakaman televisyen litar tertutup di kawasan berhampiran bagi mengesan dan mengenal pasti suspek,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3










![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)















![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)
