Tangkap layar video menunjukkan beberapa durian digantung pada belakang kereta di sebuah lebuh raya Indonesia baru-baru ini. - Instagram
- Oleh KOSMO
- 29 Ogos 2026, 6:30 pm
JAKARTA – Pengguna jalan raya di Indonesia terkejut apabila menemukan sebuah kenderaan elektrik (EV) jenis BYD menggantung beberapa buah durian di bahagian belakang kereta.
Kejadian dirakam di sebuah lebuh raya, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun socialfeed_id menunjukkan kira-kira lima biji buah durian digantung di bahagian nombor pendaftaran sambil beralaskan sekeping kadbod.
Perbuatan itu dibuat sama ada untuk mengelak daripada dilanggar kenderaan lain atau memastikan kereta tidak berbau durian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 23,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Boleh letak di dalam kereta tetapi satu kereta akan durian,” kata seorang netizen.

17 hours ago
7





![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH.jpeg)












![[VIDEO] Hatyai tetap jadi pilihan rakyat Malaysia bercuti](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-13.03.03.jpeg)















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)