KUALA LUMPUR – “Dari pukul 4 petang tadi sampai sekarang, masih tak lepas nak keluar.”
Demikian antara luahan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan teruk di sekitar ibu kota susulan penutupan beberapa jalan bersempena acara Malaysia Marathon 2026.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa mengharungi kesesakan selama berjam-jam, malah ada yang mendakwa masih terperangkap di jalan raya sehingga pukul 10 malam.
Seorang pengguna, @irfanrauf22 mendakwa dirinya terperangkap di kawasan berhampiran Lot 10 sejak pukul 4 petang.
“Betul. Dekat sebelah Lot 10 dari pukul 4 petang tadi sampai sekarang,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Saiful Azri turut berkongsi keadaan kesesakan yang disifatkannya sangat teruk sehingga menyebabkan ramai pengguna jalan raya gagal keluar dari pusat bandar.
“Teruk sangat ya jem di KL (Kuala Lumpur), bertabahlah la ya, mana nak keluar. Dari petang sampai sekarang ramai masih tak lepas nak keluar, kereta banyak, jalan tutup pun banyak, bentang tikar dulu ya geng,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai @ftth.lee turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur berikutan keadaan lalu lintas yang semakin sesak.
“KL tengah sesak, yang menuju ke pusat bandar sila batalkan niay anda. KL sesak teruk melekat. Ada jalan tutup untuk acara larian. Malam minggu baik duduk rumah musim-musim jerebu ini.
“Yang sertai acara larian ini dinasihatkan parkir dekat stesen LRT, MRT atau monorel berdekatan,” katanya.
Malaysia Marathon 2026 merupakan antara acara larian berskala besar yang berlangsung di pusat bandar Kuala Lumpur.
Berbeza daripada kebiasaan acara larian di ibu negara yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, edisi kali ini akan menyaksikan lokasi pelepasan peserta di Pavilion Kuala Lumpur, manakala garisan penamat ditetapkan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Bagi kategori maraton penuh, pelepasan peserta dijadualkan pada pukul 12.30 tengah malam, 30 Ogos, diikuti separuh maraton pada pukul 2 pagi dan larian 10KM pada pukul 3.30 pagi.
Larian santai 5KM pula dijadualkan bermula pada pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
7





![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH.jpeg)












![[VIDEO] Hatyai tetap jadi pilihan rakyat Malaysia bercuti](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-13.03.03.jpeg)















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)