PETALING JAYA – “Saat kamu pergi dari hidup si narsisistik, itu bukan kegagalan.”
Demikian perkongsian penyanyi, Zehra Zambri yang mengundang respons netizen apabila didakwa seakan-akan mengungkit kembali kisah peribadinya.
Lebih menarik perhatian adalah gambar dimuatnaik ibu tunggal anak satu itu yang memaparkan transisi wajahnya sebelum berkahwin, ketika dengan ‘si dia’ serta selepas kembali solo.
TRANSISI wajah yang dikongsikan Zehra dalam media sosialnya.Selain menyifatkan keputusan dibuat sebagai terbaik, perkongsiannya turut menyentuh suntikan semangat kepada orang lain.
“Berhentilah mengorbankan dirimu sendiri. Salam waras,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Zehra dapat menikmati kebahagian bersama anak tunggalnya.
Malah ada individu menyarankannya membesarkan anak dulu selain kembali ke arena pengacaraan sebelum mendirikan rumah tangga semula.
“Zehra tak payah kahwin lagi, tunggu anak besar ye. Sayangi diri dulu. Kita ibu tunggal boleh hidup tanpa lelaki,” tulis netizen.
Terdahulu, selepas lima bulan turun naik mahkamah Zehra bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 20 Ogos 2025.
Kes perceraian mereka mengundang perhatian apabila terdapat dakwaan berlakunya kekerasan membabitkan kedua-dua pihak dalam tempoh hampir empat tahun perkahwinan mereka. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
7


















![[VIDEO] ‘Buka puasa lewat 3 minit di aras 80 ke atas Menara Merdeka 118’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-22-at-1.19.57-PM.jpeg)






























