Banjir Sabah: 336 mangsa, 24 kampung dinaiki air

3 hours ago 3
Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima PPS di Kota Marudu dan Pitas setakat ini.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 20 Februari 2026, 3:29 pm


‎KOTA KINABALU – Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas setakat ini.

‎Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, mangsa paling ramai dipindahkan di Kota Marudu membabitkan 274 orang daripada 83 keluarga dan kini berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2.

‎Sementara itu, di Pitas, seramai 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke empat PPS membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, Dewan Majlis Daerah Pitas, Dewan Kusilad dan Dewan Kabatasan.

‎Bagi daerah Pitas, sebanyak 19 kampung dilaporkan terjejas akibat banjir setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |