ISU penampilan dan berat badan sentiasa menjadi topik sensitif, terutamanya buat golongan selebriti yang sering berada di depan lensa kamera.
Sedar kepentingan menjaga imej dan kesihatan, kebelakangan ini trend menjalani prosedur pembedahan bariatrik atau potong usus menjadi pilihan popular dalam kalangan selebriti tempatan.
Keberanian mereka melakukan transformasi drastik demi penampilan baharu yang lebih langsing ternyata mengejutkan banyak pihak.
Gala minggu ini menyajikan beberapa artis tanah air yang sanggup melawan ketakutan melakukan pembedahan bariatrik atas bermacam alasan, paling popular untuk merawat masalah kesihatan.

- Nora Ariffin
AWAL tahun ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin dilihat semakin langsing gara-gara pembedahan bariatrik.
Selepas beberapa hari melakukan pembedahan, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin, berjaya hilang lapan kilogram (kg).
Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata, objektifnya bukanlah untuk tampil cantik semata-mata tetapi lebih kepada penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang lebih sihat.
Nora membuat penelitian selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan besar tersebut di samping mendapatkan pendapat daripada tiga doktor pakar.

- Alyah
PADA Mac 2022, penyanyi Datin Alyah melakukan pembedahan bariatrik bagi merawat masalah gastrik serius.
Disebabkan masalah tersebut, berat badannya turut bertambah secara mendadak iaitu sebanyak 18kg.
Susulan saiz perutnya yang semakin kecil, Alyah atau nama asalnya Nor Hasliah Abu Hasan mengakui adakalanya mencacatkan sedikit persembahannya ketika menyanyi.
Disebabkan itu, dia mengikuti kelas vokal untuk mempelajari semula teknik nyanyian agar dapat disesuaikan dengan saiz perutnya yang semakin kecil.

- Maria Tunku Sabri
MUNCUL dengan penampilan baharu yang semakin kurus dan sihat, pengacara Maria Tunku Sabri mencuri perhatian ramai.
Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik atas saranan doktor pakar.
Kata pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu, dia berdepan dua masalah keihatan iaitu sakit lutut selain ingin mengelakkan diri daripada mengambil ubat kencing manis dan kolestrol.
Dalam masa sama, dia juga menafikan melakukan pembedahan bariatrik kerana mahu kelihatan cantik.

- Aishah
PADA 2018, penyanyi Datuk Aishah menjalani pembedahan pintasan usus bukan untuk cantik, namun demi kesihatan dirinya.
Malah pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin itu berkata pembedahan tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dirinya daripada makan secara berlebihan.
Pelantun lagu Janji Manismu itu turut berkongsi sehingga kini dirinya boleh memakai pakaian saiz S sekali gus impiannya sudah tertunai kerana akhirnya dapat bergaya dengan pelbagai jenis busana terutama kebaya.

- Noraniza Idris
SELEPAS 22 hari melakukan pembedahan bariatrik, penyanyi Noraniza Idris menurunkan berat badan sebanyak 7.4kg.
Penyanyi wanita berusia 58 tahun itu menjelaskan keputusan melakukan prosedur terbabit bukanlah sebagai jalan singkat untuk kurus sebaliknya dilakukan atas faktor kesihatan diri.
Dia bersyukur apabila pembedahan tersebut secara tidak langsung memberikan impak positif terhadap kualiti suaranya yang bermasalah sejak enam tahun lalu.
Sebelum ini, Noraniza mengakui sering mengabaikan waktu makan dan rehat yang cukup menyebabkan penjagaan kesihatan sedikit terabai.

2 hours ago
5




![[VIDEO] Pelajar jatuh bangunan: Mangsa minta ke tandas sebelum ditemui maut](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-19-at-9.25.01-PM.jpeg)











































![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)