Agensi keselamatan, jabatan digerak bantu mangsa banjir

17 hours ago 8
Agensi kerajaan telah digerakkan untuk membantu mangsa yang terjejas banjir di Sabah.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 21 Februari 2026, 1:34 pm

‎KOTA KINABALU – Semua agensi keselamatan dan jabatan berkaitan sudah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan dan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di utara Sabah dan Sandakan.

‎Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri juga memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan disampaikan dengan cepat dan berkesan.

‎Beliau turut meluahkan rasa simpati atas musibah banjir yang dihadapi penduduk yang disifatkannya satu ujian, terutama bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan.

‎“Di sebalik keberkatan bulan Ramadan ini, ada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan musibah banjir. Saya merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa yang terjejas. Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |