[VIDEO] Warga asing ‘piknik’ tepi kubur, mengemis wang di hari raya

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Sebuah tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang dipenuhi dengan kumpulan peminta sedekah ‘berpiknik’ di laluan masuk kawasan tersebut sekali gus mengundang ketidakselesaan kepada waris yang mahu menziarahi kubur keluarga.

Menerusi video dikongsikan pengguna Thread Miaaashahiid, kelihatan sekumpulan peminta sedekah itu didakwa bukan warga Malaysia duduk menunggu di laluan masuk dan mereka terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak.

Pada video itu, kelihatan mereka membentangkan kain atau tikar seolah-olah ‘berpiknik’ mengharapkan simpati orang ramai untuk memberi sedekah, selain ada juga menegur waris ‘selamat hari raya’ bagi mendapatkan pemberian wang.
“Pergi melawat kubur arwah ibu dan keluarga. Perangai orang-orang minta sedekah penuh kat kubur. Orang Rohingya, warga asing. Bapa saya cakap, kebiasaannya pagi raya lagi penuh diorang. Siap ‘cop’ tempat letak kotak, letak kain macam piknik. Siap makan-makan.

“Weh warga asing memang tahu orang Melayu, orang Islam ni suka sedekah dan senang scam, jadi standby (mereka siap sedia) kat tanah perkuburan Islam,” katanya pada hantaran dimuat naik semalam.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas, malah orang ramai turut berpesan supaya tidak sesekali memberikan wang kepada peminta sedekah tersebut bagi membanteras aktiviti berkenaan.

“Dah lama berhenti bagi sedekah cara ni. Hati kena kental. Banyak cara lagi nak sedekah. Jika tak ada yang memberi, mesti tak macam ni,” komen pengguna Thread Affrhnqyh.

“Dah macam tempat riadah diorang buat ek,” kata Niei900.

“Kasihan kubur-kubur tepi tu. Keluarga nak datang pun dah tercemar dengan sampah sarap diorang ni. Sampul duit raya semua buang atas kubur orang,” kata Elynashahid. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |