PETALING JAYA – Seorang lelaki terlibat dengan pengurusan jenazah umat Islam menarik perhatian ramai apabila dia bersiap sedia menyediakan van jenazah berserta keranda di kawasan laluan yang menjadi tempat mat rempit ‘bermaharajalela’ melakukan aktiviti lumba haram.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok Adi Foreman, dia memandu van jenazah dengan keranda di dalamnya sambil menunggu di tepi jalan di satu kawasan di Sungai Buloh, Selangor.
Pada video berkenaan, kelihatan beberapa anak muda menaiki motosikal didakwa berbuat bising di kawasan berkenaan, malah terdapat individu dipercayai ketua penduduk di kawasan itu menghalau mereka daripada berlumba di situ.
“Ada lumba ke hari ni, macam ramai je. Aku standby (siap sedia), aku standby. Korang jangan takut, ada standby siap bawa dalam lagi (tunjuk keranda). Siapa nak berlumba boleh mari Sungai Buloh.
“Aku bawa van jenazah, peti keranda, siapa nak berlumba? Tok ketua pun ada nak banteras halau budak-budak ni suruh balik,” katanya menerusi beberapa video dimuat naik pada TikToknya kelmarin.
Hantaran video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas, malah orang ramai turut bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut memandangkan kegiatan lumba haram itu bukan sahaja menganggu ketenteraman, bahkan boleh berisiko nahas kehilangan nyawa.
“Abang sediakan payung sebelum hujan,” komen pengguna TikTok Acik.
“Idea awak memang terbaik bos,” kata Hanz.
“Cadangan yang baik, boleh buat sewa dekat kampung aku ni bang. Insya-Allah memang clear jalan besar depan ni,” komen pengguna TikTok Apa Nama. – KOSMO! ONLINE
@adi_foremanAde ni…..
3 hours ago
1









![[VIDEO] Warga asing ‘piknik’ tepi kubur, mengemis wang di hari raya](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/PEMINTA-SEDEKAH-ROHINGYA-KUBUR.jpeg)







































