[VIDEO] ‘Rasanya mereka datang saat akhir, nak buat kejutan’

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Kehadiran pasukan aerobatik Black Eagles dari Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) menjadi momen yang ditunggu-tunggu buat ramai pengunjung yang menghadiri penganjuran pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Bagaimanapun, menerusi hantaran video berdurasi 30 saat oleh pemilik akaun @ctsaudahssn di TikTok, ia hanya memaparkan kelibat salah seorang anggota pasukan Black Eagles, sekali gus mencetuskan kegusaran dalam kalangan netizen apabila pasukan tersebut masih belum muncul secara rasmi di LIMA’25 setakat ke hari ini.

Tinjauan dari ruangan komen, ramai yang masih meletakkan harapan agar satu kejutan akan diumumkan oleh pasukan berkenaan.

“Tahun ni macan suram sikit. Sebab oppa kita tak dak@INA’S:sedey kan dik tahun ni. Depa tak datang,” komen @Cheshima.

“Saya rasa mereka datang di saat akhir, nak buat kejutan dengan rakyat Malaysia,” kata @Dayangmahzaline.

“Disebabkan mereka kita terjebak dalam penantian tak kunjung tiba,” tulis @Cikumie.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Edisi LIMA ke-16 berlangsung sejak 23 Mei 2023 mempamerkan sebanyak lima pasukan aerobatik terdiri daripada Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Russia.

Pasukan aerobatik Black Eagles dari Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) meninggalkan impak yang cukup besar kepada pengunjung yang menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) berlangsung pada dua tahun yang lepas.

Orang ramai terutama golongan wanita bersorak termasuk menyebut ‘oppa’ dan ‘ahjussi’ sebaik sahaja juruterbang pasukan terbabit turun dari pesawat selepas melakukan pertunjukan udara menggunakan pesawat jenis T50-B. – KOSMO! ONLINE

@ctsaudahssn Yang ditunggu tak berkunjung tiba🥹😪 #lima2023 #lima2025 #blackeagles #langkawi ♬ my girl korean drama OST – rose♡
Read Entire Article
Pertanian | | | |